Wednesday, December 8, 2010

Perkembangan Ahmad Aiman

Salam semua...
Diam tak diam, 2/12 lepas, Aiman dah sebulan. And today 9/12 another one week to go to finish off my confinement period hehehe. Alhamdulillah... so far berjalan lancar. Biasa la, ada sedikit up and down. Betulla cakap org tua2, masa2 dalam pantang ni memamng mencabar dari segi emosi. Paling kelakar, kdg2 rasa happy, kdg2 sedih. Pernah menangis punya la teruk sampai my husband call my mother katanya... " Saya bukan apa ma, takut dia gila meroyan je...", boleh macam tu? kesian my husband panik sekejap.

Perihal Ahmad Aiman
Alhamdulillah, so far Aiman is doing fine. As mentioned in my prev entry, Aiman sekarang dah diletakkan di bahagian stabil, hanya monitor utk tmbh berat badan je. Suddenly, one fine day last week, we got a phone call from the hospital, minta kami datang secepat mungkin. Hati memang dah cuak sangat, since the hospital never called us before. we rushed to the hosp, and the doctor explained to us about condition Aiman. Rupa2nya, Aiman menunjukkan sedikit simptom anemia, kekurangan darah merah. I did noticed sebelum tu yg Aiman sedikit pucat and hujung2 jari tangan n kakinya sejuk. and he was a bit cranky since few days before. Sedikit maklumat tentang anemia di kalangan bayi pramatang boleh klik sini http://www.babylinq.com/anemiaandyourprematurebaby.aspx.
Panik memang panik, walaupun berkali2 diterangkan oleh doktor tu yg anemia di kalangan bayi pramatang ni adalah normal. So, the doc decided to do some blood tranfusion. To do that, doc took my blood to cross-match it with Aiman's sebelum mendapatkan darah tersebut di blood bank. After some further readings thru the web and more explainations by the doctors, we then realized that anemia among prem babies are normal, and blood transfusion is essential. some may need more than one blood transfusion.
Pada dasarnya apa yg berlaku ialah, baby prem ni kdg2 membesar lebih cepat daripada yg sepatutnya. so, some of their body functions belum fully develop to cope with the development proses, which is in Aiman's case. Jgn risau, kata doktor... A day after the transfusion, Aiman was getting better, tp still cranky, sbb tiub ubat n darah masih di tangannya. Sangat la sensitif bila kita sentuh tangan n kakinya. Maybe dia masih fobia, alangkan kita pun tahu sakit bila dicucuk2, ni kan pulak budak2 kecil, worse, dia tak boleh nak bercerita tentang sakitnya tu.
That day, we spent more time with him. Belai2, cakap2, salinkan lampin, feeding and put him to sleep.
Next day, when we came to visit, Aiman was not in his original place, dah tukat tempat, dekt dengan kaunter nurse and doctor, with a big machine around him and to our suprise, an oxygen tiub attached to his nose( Fyi, Aiman hanya pakai tiub oxygen tu selama tiga hari awal sahaja)
Rupanya, half an hour lepas kami tinggalkan Aiman, dia tidur sangat2 lena, until he forget to breath (this is also normal around prem babies), and he turned blue. Nauzubillah... mujur ada nurse yg perasan. He was immedietly given oxygen supply and cpr. Alhamdulillah... dia ok. Kalau tidak, tak tahu la macam mana 'gila meroyan' i akan jadi.
And latest semalam, when i went to visit him. He was doing a lot better. his red blood cell increased turmendously due to the blood transfusion, so his breathing improved, no longer oxygen supply needed. All the other tiub attached to him dah ditanggalkan, so dia dapat bergerak lebih aktif. Sangat aktif, Alhamdulillah... Aiman kembali menjadi Aiman. Harap2 keadaan Aiman bertambah and kekal baik ye sayang... mummy takut betul bila keadaan awak macam tu. Though he's facing some obstacles, still he gained weight.
Hopefully, by the end of this month, boleh la Aiman keluar. Betul2 tak sabar nak cium and pangku Aiman. Lagi2 tak sabar nak bf Aiman. Kawan2 doakan ye...

Tuesday, November 23, 2010

Perkembangan Terkini...

Salam semua...
Berpantang dah masuk 3 minggu, Aiman dah masuk tiga minggu baru la nak update. Ishh... sorri semua
Currently bersiaran di rumah sendiri. Kalau ikut perancangan dulu, mmg nak pantang2 semua di ipoh, tp Allah dah perancangan lain. So, kena la import my mom jaga pantang di sini. During the first two weeks, my mom was taking care of me, now ganti plak dgn my sister yg br hbs degree and another one yang sedang bercuti br blk dr sabah since my youngest sis sedang menghadapi SPM.
So far, keadaan ibu berpantang ni ok je, kena kuat sket la since kena menjenguk anak tersayang yang masih di hosp. Actually, mlm lps operate dah start berjalan2 pg tgk baby. Sakit mmg sakit, kt tpt operate tu, tp Alhamdulillah... blh tahan. One funny story, even after the surgery, bila kesan ubat bius dah hilang, i refused to take any pain killer, cause i read from somewhere, nak cepat baik, jangan ambil pain killer. Bijak...bijak. Terbeliak mata doktor pg esoknya when my husband told him that i didn't take any painkiller throughout the night. And he laughed all the way bila i kemukakan teori BIJAKSANA tersebut. kata doktor"Puan, puan tau tak berapa lapis perut yg kami potong semalam? Jgn ambil painkiller tu, only applicable utk demam2, selsema etc. You just had ceasarian my dear". Terkebil2 la...then terus mintak painkiller dari nurse. Enough bout me....
Perkembangan Ahmad Aiman:
  • Lahir dengan berat 1.o1 kg, turun kepada 930gm within the first few days and currently weighed 1.1 kg. The avg weight increase/gain for premmie babies are within 15-20 gm. Ada hari berat Aiman naik sampai 50-60 gm, ada hari turun 20-30gm, ada hari statik. Tp menurut doktor, semua tu normal. Dia sedang menyesuaikan diri, give him some time
  • Progress Aiman dr segi pernafasan sangat baik. The doc turn off the oxygen supply to him, pada hari ke-6, which is very fast, since he can breath by himself. We were so happy bila dtg tgk Aiman tanpa tiub2 besar yg dimasukkan ke lubang hidungnya. Sumpah, kita yg tgk pn rasa tak selesa, apatah lagi dia. Tp happy tu tak lama, two days after that, tiub tersebut dipasang semula. Kata nurse, bila dia dah selesa tidur, kadang2 Aiman terlupa nak bernafas. Tp alhamdulillah, few days after that, Aiman mmg bebas oxygen totally. Dah blh bernafas sendiri, dah semua organ pernafasan berfungsi sempurna.
  • Since Aiman masih kecil, tak blh bf, susu disalurkan melalui satu tiub terus ke perutnya. Aiman dah 21 hari, susu consumption currently is 19ml, every 2 hrs, which is fast. Alhamdulillah...production susu tidaklah banyak tp so far memang mencukupi. Tak banyak, sekali pam blh dpt 60-70ml, so kenala pump byk kali.
  • Dllm NICU, ada 3 kawasan penempatan utk premmie babies. Ruang kritikal, ruang pemerhatian and ruang stabil. Alhamdulillah, dalam masa 2 minggu lebih, Aiman kini sudah duduk di kawasan stabil. Kata doc n nurse, ruang ni menunjukkan baby takde masalah besar, cuma tunggu berat badan naik sahaja. Alhamdulillah...
  • So far, kami sudah blh menyalin pampers n bagi susu pd Aiman. Masa mula2, menggigil jgk, since he's so small, mcm fragile je. Tp lama2, ok je. So far, Aiman mmg sentiasa bekalkan kami dengan poo poo je, everytime kami salin pampers ptg2. Bgus anak mummy..... kami dah mula membelai Aiman dengan baby oil, banyakkan sentuhan dgn baby, usap2 supaya dia cepat besar.
  • Menurut para doc n nurse di sini, Aiman ni kuat, tak padan dgn tubuhnya yg kecil. I can still remember, satu hari dalam minggu pertama tu, when i went to see him, tgk dia tgh berbogel, pampers dh terbukak n di hujung kaki. Thinking that maybe nurse nk tukar pampers, kami pn biarkan je la, tiba2 bila nurse dtg bwk susu, ters dia ckp " Ni, macam mana pampers blh tertanggal ni..." rupanya dah pandai kakinya berpusing2 tolak pampers. In fact, that was our first time kami tgk 'bird' Aiman. " Confirm yang, anak lelaki" kata my husband hehehe. Tgn2 pn kuat, bayangkan, tiub oksigen yg tebal dan berat tu, berapa kali dia dapat tarik2, maybe sbb tak selesa. Alhamdulillah, menurut doktor, baby yg aktif dan lasak mcm tu, menunjukkan perkembangan yang positif.

Currently, itulah perkembangan Aiman yg dapat diceritakan buat masa ni. Doa kami, diharap Aiman cepat membesar, naik berat badan supaya dapat kami bawa pulang ke rumah. I admit, the first few days was tough, seeing you child with all the wires stuck to his little bady. Seeing him cry bila doc ambil darah. Tp kami tahu, kena kuat since baby can sense pur positive vibes. Tuhan, tabahkan kami, demi Ahmad Aiman :)

Terima kasih kepada semua rakan2 yang turut mendoakan kami...

Tuesday, November 9, 2010

Terpuji dan Bertuah...

Salam semua....
Masuk today, dah seminggu usia Ahmad Aiman b. Ahmad Fairuz. Yang bermaksud terpuji dan bertuah. Ada sebab kenapa nama ni dipilih. Kepada kawan2 yang masih belum tahu, saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 2/11/10 Selasa 8.42 pagi secara pembedahan. Saya sudah berada di rumah setelah menghabiskan 32 hari di wad 2b hosp putrajaya. Kemudian sahaja kita ceritakan proses kelahiran. Kalau ikut ticker di blog ni, belum sampai lagi masanya kan? Yes, my baby is premature baby. Lahir dengan berat badannya 1.1kg sahaja, tapi panjang... 35cm.
Currently, masih berada di NICU hosp putrajaya dan besar kemungkinan akan berada di sana untuk satu tempoh masa yang agak panjang. Buat masa ni, perkembangan aiman stabil. kami suami isteri tidak pernah gagal menjenguknya setiap hari, membekalkan hasil perahan susu ibu dan memberikanny akata2 semangat untuk terus berjuang. Menurut doktor, aiman seorang bayi pramatang yang kuat. Tenaga kecilnya mampu menarik wayar2 yang dipasang disekitar badannya. Buat masa ni, ada satu wayar dipasang untuk salurkan nutrien/ susu dan satu lagi wayar untuk salurkan antibiotik, since tubuhnya kecil dan masih memerlukan banyak bantuan.
Walau kita cuba untuk menjadi kuat, positif, namun terkadang kita kalah dengan perasaan sendiri. Alangkan kita yang besar ni pun tahu mengaduh kalau sakit, ni kan pula anak kecil. Kalaulah boleh digantikan tempat, memang sudah kami lakukan. Biarlah badan ni yang sakit, asalkan anak ok.
Yes, i know what you guys akan cakap, be strong, positive etc, yes, im trying tapi kadang2...
Mujur ada seorang suami yang sangat tabah, sentiasa positif dan sentiasa sabar. Tetapi, bila difikirkan2, kesian suami. Di saat dia sentiasa tenang, tabah, positif dan sabar di sisi kita, untuk kita, siapa yang berada di sisinya untuk menenangkan dia? Bukan tak pernah ternampak sang suami menangis di atas sejadah, tetapi akan terus berlagak normal kemudiannya demi untuk kita.
Untuk teman yang sudi berkunjung semasa di hospital, sekalung penghargaan diucapkan. Terutama buat teman yang sudi meluangkan masa yang sangat berharga dan dari jarak yang jauh. Buat masa ni, benar2 mengharapkan doa rakan2 sekalian...
Semoga ahmad aiman akan terus kuat untuk berjuang. Mummy dan abah tak sabar nak dukung awak sayang...

Sunday, October 10, 2010

Dugaan....

Salam semua....
Maaf, lama tak update. Memandangkan sedang sangat lapang sekarang, boleh la menaip2 sikit2. Currently sedang bersiaran di Hospital Putrajaya. Ni dah masuk hari ke 6 di sini. Meh, cerita sikit kronologi yang boleh sampai ke sini...
5/10/10
Monthly checkup di hosp putrajaya. Actually, we went for chechup di two different places, one is di columbia asia puchong and satu lagi di hosp putrajaya, since im a gov servant and in case of any emergency and mc, putrajaya the nearest. Macam biasa, datang pg, timbang berat, ambil tekanan darah. My weight increase termendously sejak lepas raya, approx 4kg, which is not a good sign. Apart from tha, as i told in my previous post, i've been having a very serious bengkak2 di kaki and tangan, my gynea explained that its normal during pregnancy and describe the condition as water retention, while org2 tua ckp its due to too much ice intake. And since my bp was doing fine, every month, my gynea said there's nothing to worry about.
So, pg 5hb di putrajaya, nurse terkejut tgk my bp was high 167/90. Next, she asked me to pee and do another chech which turned out to produce a higher reading which is 169/92. Terus ditariknya tgn, terus jumpa doc pakar. And since im not having any other simptoms, doc lepaskan dengan syarat selang sehari monitor bp di klinik berhampiran. Thinking that nothing is wrong, siap minta mc, pg kwsp uruskan epf then tgk wayang n shopping brg baby di the curve lagi...
6/10/10
Late morning, around 11am, after cooking lunch, i decided to went to klinik berdekatan rumah untuk check bp. AND TO MY SUPRISE, MY BP NAIK LAGI TINGGI 170/93. And ujuan air kencing menunjukkan ada sikit UTI. Doc yg risau, terus tulis refer letter, "You kena admit today jugak". Balik rumah, call my husband, lunch then straight we went to wad bersalin putrajaya. Semalamam di wad bersalin putrajaya, sempat menyaksikan kelahiran sepasang bayi kembar, dua bayi normal dan kematian seorang bayi. I was hold until my bp stabilize before dipindahkan ke ke wad biasa and sehingga kini, di sini lah saya.
11/10/10
My bp dah stabil, dengan bantuan some med. Latest scan, baby sedikit kecil dari usianya yg sepatutnya. Supposely baby dah around 1.1kg but mine is still around 900++. Air ketububan sedikit berkurangan daripada sepatutnya. Maybe dalamm masa seminggu yg tidak alert tu, my poor baby sdh melalui sedikit stress, menyebabkan badannya menolok nutrisi dari ibunya ni.
Latest update, ada kemungkinan i have to deliver baby earlier than expected, paling cepat, in two weeks time. After some detail scan. And sehingga deliver, i'll be on mc and ada kemungkinan berkampung di wad sehingga bersalin. I was hoping i can be relesed, blh balik rumah, less stress tp doc lebih tahu condition yang terbaik not only for me, but for the sake of my baby.
Kawan2 yang dikasihi, doakan keselamatan saya dan baby. Benar, dugaan Allah tu datang dalam pelbagai bentuk. Kami redha sebab Tuhan lebih mengetahui. Dalam keadaan begini la, terlihat kasih sayang suami yang tidak berbelah bagi. Melihat kesungguhan hati sang suami untuk mententeramkan hati isteri sedangkan hatinya, siapa yang tahu. Melihat pengorbanannya berulang alik dari rumah ke hospital lewat malam, awal pagi. Melihatnya merekot menahan kesejukan tidur di lantai hospital berlapikkan selimut nipis. Melihatnya sentiasa melemparkan senyuman di sebalik kesedihan yang turut dirasakan. Melihatnya yang sentiasa bersikap positif walau kadang2 feedback daripada doc tidak begitu memberansangkan. Melihatkan tangannya yang tidak jemu mengusap dan berkata2 dengan si kecil dalam perut ni, agar dapat bertahan lebih lama. Melihat statutnya di FB yang meluahkan isi hatinya. Dai, sumiku yang sentiasa berusaha menggembirakan hati isterinya. Mungkin ini suatu petunjuk dari Tuhan, agar lebih menghormati, menyayangi dan menghargai seorang insan yang bergelar suami..
Walau kekadang terdetik di hati, kenapa pengalaman mengandung yang sepatutnya indah tidak seperti yang diharapkan tetapi ni semua kerja Tuhan. Kami percaya Tuhan maha mengetahui, tahu yang terbaik untuk kami. Dan kami panjatkan kesyukuran, kerana di sebalik segala dugaan ini, Allah masih bermurah hati memberikan kami peluang untuk merasa menikmati anugerah pemberianNya ini. Kami cuba sedaya upaya, tidak cemburukan mereka yg lebih bernasib baik dari kami, cuma kami bersyukur kerana nasib kami lebih baik daripada mereka yang kurang bernasib baik dari kami. Dugaan Allah datang dalam pelbagai bentuk, sebagai hambaNya, kami terima. Mungkin ini suatu pengajaran bagi kami agar lebih berhati2 untuk kehamilan yang seteusnya...InsyaAllah...
Doakan kami ye...

Tuesday, August 31, 2010

Pregnancy and Chicken Pox


Salam semua...

salam Ramadhan. Hehehe dh nk dekat raya baru nak wish. Its ok, as long as niat ikhlas. Update terkini...
  • I'm entering week 22 now. Alhamdulillah... so far so good. Puasa until today masih penuh lagi.
  • Last two weeks, we went for detailed scan, Columbia Asia. Alhamdulillah, setakat ni semua normal. The doc scanned for heart flow, jari2 kaki and tangan, tulang belakang, face, gender hehehehe... antara perbualan yang tak dapat dilupakan...
Doc: See, here is the nose, mouth, eyes (while pointing at the screen)

My husband : Doc, mancung tak hidungnya? macam saya (hello, ada tulang hidung sempurna, dah syukur sangat)... doc kata, bukan i yang kata


Doc: Now, do you wanna know the gender? Here it is... (ok, that one i kena rahsiakan dulu)


setakat ni, semua ok. Alhamdulillah. Happy sangat bila dapat tgk baby bergerak2 dengan gembiranya dalam perut...

  • Baby's kicking dah start rasa, dah mula aktif, terutama lepas berbuka...amboi, kenyang ye baby... and trust me, i look forward to feel my baby's kicking every day :)
  • Kaki and tangan sudah mula membengkak. Cepat kan? Water retention kata doc. Can easily ease the pain by rendam dalam air panas atau guna ini

Fire sense by CNI. sangat2 berguna masa2 mengandung ni. Trust Me, i've been loyal to this balm since 2002 and outcomenya tidak pernah mengecewakan.


However, di sebalik semua itu, ada musibah yang sedang melanda...


My dearest husband, sedang diserang chicken pox. It stsrted with high and low temp fever for few week, and turned really ugly last Sunday. We both thought that the little red rashes was some kind of allergies or something since my husband mmd ada kulit sensitif. The next morning, we went to see the doc, and he confirmed that its chicken pox. Alahai... orang lain kena masa kecil2 my husband dah dekat 30 baru nak kena. The doc said that chicken pox among adults is more severe compared to kids. Memang betul, naik semua kat muka, with very high temp, kesian tgk dia tidak bermaya. Losing his appetite and everything.


The first thing the doc asked me one he diagnosed my husband with chicken pox is this "Hey, you tgh pregnant kan? Dah pernah kena belum?" Lucky for me, i dah pernah kena, masa kecil2 dulu. Tak ingat bila, tp i can clearly remember that it was during Eid...hehehe, kami adik beradik pakai baju raya tp duduk dalam rumah je...


Here is some info regarding chicken pox and pregnancy http://www.babycenter.com/0_chicken-pox-during-pregnancy_9329.bc


Siang malam ku berdoa, lindungilah kandungan ini... risau gak. Im praying my husband recover cepat. Kesian tgk dia tak bermaya, takde selera makan, and obiviously, i memang tak boleh lena kalau tidur sorang-sorang :(


p/s: kawan2 tolong doakan keselamatan me and my baby ye... and kalau ada apa2 petua, berkenaan cp ni, please let me know...

Monday, July 12, 2010

MASA Itu EMAS

Salam semua...
Pendek dan padat...
Last 2 weeks, send off another of my younger sister to UMS, degree in Kewangan Islam. Alhamdulillah... berjaya anak2 mama n abah, despite segala kepayahan yang perlu mereka tempuhi untuk besarkan kami tujuh beradik. Dengan berangkatnya adikku itu ke Sabah, maka dengan rasminya, tinggallah mama, abah n my youngest sister sahaja di rumah. Me, in sepang, my 2nd sister staying and working in puchong, my brother kerja di penang, yon still got another semester degree di uitm shah alam, iqah di ums, sabah, mimi di matriks banting, tinggal umi je kat rumah. Sunyi mama kata... dulu, rumah kami kecik, orangnya ramai. Memang sempit. Bayangkan kami 6 beradik perempuan dalam satu bilik, adik lelaki dalam satu bilik, mama n abah abah tidur kat ruang tamu, my late ill grandma was in another room. Memang crowded rumah. Dengan bajunya, dengan barang2 kateringnya, sampai kat ruang tamu pun ada peralatan ketering. Lepas pencen, mama dapat duit epf or something, she used the money untuk besarkan rumah. Now, alhamdulillah... memang selesa sangat kalau balik ipoh. Me and my sister dapat sorang satu bilik, since kitorang dah kawin, tak mainlah share2 ni kan... my brother satu bilik, my 3 sisters satu bilik and abah and mama satu bilik. Bilik air pun dah bertambah, dulu dua, sekarang dah jd 3 bilik air yang sangat2 selesa. Ingat dulu time baru2 kawin, my husband nak sponsor renovate bilim air since the condition sangatlah menyedihkan... Now that the house is big enough to occupied all of us, orangnya pulak yang takde... Tetiba rasa sedih pulak, rasa macam semua adik2 dah besar2, kadang2 rindu masa2 yg dihabiskan bersama2...
1. Rindu nak tidur sempit2 dalam satu bilik. Me and my youngest sister even shared the same single bed, sbb tak muat. Sembang2 sampai pagi... macam2 gossip...
2. Rindu nak beli vcd cerita hantu, then beli segala mak nenek makanan ringan, dengan air botolnya segala sambil ramai2 dok tgk cerita hantu...
3. Rindu nak pg 7-eleven pukul 2-3 pagi, beli maggi cup then makan dalam kereta
4. Rindu nak berhimpit2 dalam satu kereta kalau nak jalan mana2.. dulu2 kami takde kereta, tp ada jiran yang baik hati, selalu pinjamkan kami kereta proton iswara lama dia. Tp, mmg berhimpit la, 9 orang dalam satu keta. Duduk kena selang-seli, sandar, tak sandar, sandar tak sandar... kalau tak dapat pinjam keta, kami naik la bas ramai2, tp selalunya mama buat dua trip, minggu ni 4 org pg, next week 3 pulak...
5. Rindu nak jalan2 kat area jalan tar, shopping. Duit mmg tak banyak, tp kalau save duit ptptn, dapat la belikan adik2 barang sehelai baju raya...
6. Rindu nak tidur ramai2 kat ruang tamu kalau abah takde. Usunglah tilam dari atas, turun tangga guna tilam buat gelongsor, ala2 mcm naik roller-coaster la kononnya, pk2 balik, mcm org bodoh pun ada. Then tunggu kat bawah tangga, sambut bantal yang mama baling dari atas. Esok pgnya, siapa bangun palin lambat, dia la kena kemas semua toto2 tilam, bantal selimut segala...
7. Rindu nak kena rotan dengan mama...aiiik, ni pun rindu ke? Hehehe, mama memang garang gile dulu, ye la, nak mendisplinkan kami tujuh beradik. Apa yg ter pernah kami rasa dolu2, hanger, batang paip, penyapu, lesung batu, semuanya pernah. memang tak boleh lupa the fear kalau mama tiba2 naik angin. Tp, berkat garangnya mama tu, kami semua jd orang, pandai sesuaikan diri, pandai buat kerja2 dapur...
8. Rindu nak tolong abah buat katering... ok, ni tipu, memang jarang rindu ni sbb memang penat sangat kalau buat katering. Dgn nak prepare, masak, mengemas, menghidang basuh pinggan mangkuk. Serius penat, tak tipu. Tapi best sebab nnt abah bg upah. Me, as cook dapat la sekali rm50, adik2 dapat la sorang rm20.
9. Rindu nak bersama di pagi raya ramai2. Since kawin, memang tiap2 tahun raya pertama di sabak bernam. Tp, jgn salah faham, ni bukan diktator, tp memang tuan punya badan yang sukarela raya kg suami dulu, due to some reason yang biarlah me and my mother sahaja yang tahu...
10. Basically, rindu semua sekali. Rasa2 macam masa tu cepat je berlalu ka, tahu2 dah besar semua. Tahu2 esok2... "Along, ingat nak kawin la..." ish2... dah besar semua adik2 ku ini... Pesan along, jangan lupa diri, jangan lupa keluarga. Kita ada kita sahaja antara satu sama lain...












Thursday, June 24, 2010

...

Salam...
Currently missing my husband sooo much!!!!

MARAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tau la... anak2 pakcik makcik ramai....
Tau la... semua dah kerja2....
Tau la... gaji semua besar2....
Tau la... semua mampu beli kereta...
TAPI......
Janganlah amik semua parking sampai orang lain kena parking berbatu2 jauh dari rumah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
GERAM BETUL LA...
Ni bukan kali pertama, dah berkali2, asal nak parking je, depan rumah aku, asal nak parking je, depan rumah aku. Ingat aku ni tak de duit nak beli kereta ke?
TENSION!!!!!!
Sori la ye... selalu my husband ada, boleh mengumpat mencaci eh silap... mengadu domba. Ni, my husband pulak not around. Adoiii... bertambah tensen

Monday, June 21, 2010

Update Kondisi Terkini...

Salam semua....
Disebabkan ramai kawan2 yg selalu ke sini rata-ratanya sudah melalui pengalaman ini... ada beberapa pertanyaan yg diharap dapat dibantu oleh rakan2 sekalian...
  1. Constipation problem~ pernah alami situasi sebegini? Lately asyik sembelit je. Sometimes i kena guna yang cocok kat buntut tu (which my husband is more than happy to help ;p) Hehehe, terpaksa, else mmg fobia nak ke tandas. I tried drinking extra, but end up buang air kecil banyak pulak. Also, i sedang amalkan makan buah2 setiap malam... just recently, still hope it works.
  2. Acne problems~ yg ni memang meriah sekali sedang berlaku. Pipi, dahi, buah dada. My mom said its hormone, or maybe im carrying a 'Mr' inside. But seriously, kdg2 routine penjagaan harian pun malas nak buat. Mana nak naik jerawat.
  3. Angin problem~timing makan kena follow betul2... breakfast 7.30-8 am, 10++mesti ada sedikit kudapan,12.30 lunch, 4.30 minum ptg, 7.30 dinner. Kalau skip sket je, confirm naik angin semua, asyik nak tertunggeng je, try nak kentut tak boleh. Usually, boleh diatasi dengan secawan milo panas.
  4. MALAS~memang malas betul nak buat apa2. When i was in mc for few weeks, my mom and my sis came over and stayed for few weeks. Memang heaven, tak payah buat apa, hatta membasuh pinggan sendirik. Kalau nak keluar, adoiii, malas betul nak bersiap bagai... pk2 nak keluar pakai seluar trek, t-shirt, tak payah berbedak2 apa je, tp takut my husband nak jalan jauh2 pulak.
  5. Muntah2 and loya~seriously, mmg dr awal sampai ni dah 3 bulan, mmg takde muntah2, loya2 pernah la ada tp muntah segala tak pernah lagi. I read from somewhere, actually all these vomitting during pregnancy is actually a good sign, showing that ur baby's developing fine. But, what if takde? Kdg2 risau gak, but then my mom pun dolu2 masa mengandungkan kami semua pun takde muntah2...
  6. Breast~ adoiii.... sakit betul. Terusik sket je, mengaduh, membengkak. Is this normal? and for how long will it last?
  7. Mood untuk 'bersama'~sorry, isi sentitif sket. Lately, mmg mood tu sentiasa ada... pantang terpegangcuit sket, mulalah tuan empunya badan nak bermanja2 lelebih sket. But being a very concern and cautious father-to-be, memanglah my husband tidak sudi melayan permintaan bernafsupelik isterinya ni..."I takut lekuk kepala baby nanti" huh... alasan yang sungguh tidak logik...

So, itu lah masalah2 yang sedang dialami kini. Diharap ada lah kawan2 yang sudi berkongsi pengalaman...

Monday, June 14, 2010

Bila suami sedang sakit gigi...


Salam semua...



Bila suami sedang sakit gigi...

Mula la asyik nak cranky....
Serba tak kena itu ini...

Jadi sebagai seorang isteri mithali....

Walaupun sedang preggy...

Tak payah la ko pun nak moody sekali...

Tak de siapa yang layan nanti...

Yang terbaik boleh buat kini...

Layan la suamimu itu sepenuh hati....

Semoga akan dihargai...

Bertambah-tambahlah sayangnya nanti...

Hehehehehehe.... =p

Thursday, June 10, 2010

Dah tiga tahun...

Salam semua...
Post ni sepatutnya keluar awal, tapi dah terlewat 11 hari. hehehehe. 1st June 2010 marked our third wedding anniversary. Alhamdulillah, dah masuk tiga tahun dah usia perkahwinan kami, masih terlalu awal sebenarnya nak menilai, tapi syukur, kerana masih diberi peluang.
dan alhamdulillah, kali ni hadiah teristimewa kami, rezeki dari Tuhan, yang ada dalam perut ni =)
Actually, this is the first time we manage to celebrate our anniversary, just the two of us. 1st ann, kenduri sepupu fairuz di sabak, 2nd ann kenduri my sepupu. So, plan kami sejak awal tahun, nak la pergi dineer ke, vacation ke, tp semua cancel. Since early pregnancy, i had pre-vaginal bleeding, so tak boleh jalan jauh or lama. I dont even had the chance to buy something for my husband as i was forbidden to drive. However, thanks to all these tech facilities, dengan berjayanya telah tempah a bouquet of choc, hntr straight ke office my husband. A suprise i would say, sebab abang kata, glamour dia hari tu =) i bet ramai kawan2 yang pernah buat macam ni kan??? Satu yg tak puas hati, apasal sepang, bersempadan dgn putrajaya, dekat klia, nilai, litar f1 semua, kos penghantaran sampai rm80??????? tapi takpela.... berbaloi. And a suprise for me, my husband belanja makan malam. Bukan candle light segala sebab menurutnya, "kalau candlelight or ala-carte, you tak boleh ambil banyak2, and takut tak kena selera. So, sebab you selera sangat sekarang, i belanja buffet dinner". Bijak...bijak, sebab memang selera makan lebih sket sekarang. Alhamdulillah.


Dan bersempena ulangtahun ketiga perkahwinan kami, i nak buat tagging game.


1. If you can choose 3 words to describe your spouse, what would it be, and why.

2. Sila sertakan bersama sekeping gambar yang menjadi kesayangan anda

Tag ni goes to hehehe, tahu tak ramai yang baca tapi yang selalu rajin tinggalkan komen2...

1. Nadia
2. Cd
3. Wanie (ada 2 wanie tau...)
4. Nurill
5. Shidah... (you can choose a person which means a lot to you...)
sudi2 kan ye... mine will be out next week...

Wednesday, June 9, 2010

Update....Update...

Salam semua....

Hehehe, laaaamaaaa betul tak menulis ye. Maaf2... bukan sengaja, tapi tak tahu kenapa, terasa malas sangat. Still, i read others punya blog, cuma silent reader, komen pun tidak. Begitu la alkisah seorang yang malas. Ok, kita mulakan sesuatu yang saya nak berkongsi dengan kawan2 sekalian...



Tarikh klip diambil: 28 April 2010

Masa : 8.00 malam

Lokasi : Secret Recipes, Nilai

Apa ada dalam bungkusan hadiah yang sedang dibuka oleh suami saya tu? Jawapannya...


bukan gambar sebenar


sepasang kasut bayi, sebagai satu simbolik kepada berita yang i khabarkan padanya...





Sebenarnya, kasut tu dah setahun lebih dalam simpanan, and memang dah menjadi my dream, to gave it to my husband, as a symbolic gesture taht he's going to be a daddy, instead of just gave the news. Alhamdulillah.... IM PREGNANT :) Syukur sangat2. Video klip tu sepatutnya panjang sket, tp dah tak boleh ambil. Mungkin kerana terlalu terharu or something, my husband cried. So, i stopped. Kronologinya, i was supposed to undergo an operation, early may. Tp, syarat untuk buat operation tersebut, i mesti period dulu. So, bila dah 28th april i masih belum period, i decided to do upt. Buang air, ltk strip tersebut, dan tinggalkannya untuk buat kerja lain. After about 30 mins, bila i nak buang strip, i noticed that there's double lines. Panik, i terus jumpa my doc, buat ujian darah, and Alhamdulillah.... However, my early pregnancy tak seindah sepatutnya, though im lucky sebab until today masih belum ada rasa2 loya2 atau muntah2, i was on mc for few weeks due to pre-vaginal bleeding. Semakin lama semakin pulih, just as long as i tak banyak berjalan, tak tension2....


Permintaan saya, agar ada sedikit ikhsan daripada kawan2 yang membaca ni, minta tolong aminkanlah doa saya, agar semuanya selamat.... sehingga ke kelahiran bayi kami ini nanti. I donno whether i should be telling this, bukan niat untuk menunjuk2 atau apa, cuma ingin berkongsi cerita dan semoga kawan2 dapat sama2 mendoakan keselamatan dan kelancaran proses kehamilan ini. InsyaAllah....







Monday, February 22, 2010

Laptop baru...

Salam semua...
My husband gave me new laptop. Actually, its his but since he's been using it, for not even 1 1/2 years, plus the good maintainance he did, i considered it as new jugak... boleh? it's much more faster, lighter and stylish. No pic, rasa malas nak naik ke atas mengambil kamera and cable.
Anyway, laptop baru menimbulkan rasa nak tukar layout blog yang baru la, tapi macam malas pulak nak customize balik....im looking for something yang lebih cerah and ceria. This id due to a suggestion from a friend. Actually, come to think again, i sendiri tak pasti why i choosed green as the background layout since im not a big fan of green. Maybe sebab masa tu baru2 pindah rumah and my husband painted our bedroom green kot......
takpe, tunggu je...

Saturday, February 20, 2010

Suami saya...

Salam semua...
Just a simple note, regarding a friend's comment towards my prev post....
wanie.....
inda pun sampai sekarang takut lagi... heheheh...

actually, memang betul, my husband ni baran orangnya, masa zaman sekolah dulu, even still, now. but trust me wanie, once you get to know him, ada different personality actually......

actually....

i've known my husband since im 16 years old, we went to the same school for two years, we were even classmate back then...

i never 'looked' at him seriously back then. dia seorang budak yang nakal, pernah kena gantung sekolah, suka buat lawak bodoh, poyo, perasan bagus, perasan hensem, asyik nak menang, dia je yang betul dan pelbagai lagi sifat -ve lain yang tak sepatutnya dinyatakan di sini.... cuma, ada satu insiden yang mengubah persepsi tersebut.

kisahnya begini...

my husband used to be a 'postman' between me, and his best friend time2 his best friend try nak mengorat (you know, teens...) wanie sure ingat siapa kan. jadi, selalulah my husband a.k.a Lalok at that time and me berhubung (berhubung je tau...) walaupun dalam hati betul2 tak suka bercakap dengan En. Lalok ni. One particular night, otw back to prep class after sesi latihan debate (we were both debators), he stopped me, indicating that he has something to say to me...

we talked bout something, actually he talked bout something...and the last sentence from him, was the one that mengubah segala persepsi negatif yang selama ini ada padanya... ayatnya ialah...

"....sedangkan pasir sungai boleh berubah, inikan pula hati manusia. kita tak tahu apa akan terjadi masa depan, jangan buat sesuatu keputusan secara terburu2" (masa tu ada sikit kaitan dengan permasalahan remaja)

nah... ambik kau, itulah ayat yang lahir dari mulut seorang budak lelaki yang sangatlah annoying before this. since that day, i changed my perception towards him, and as time flies, i realized that actually, he's a nice guy once you get to know him better... and here... i confess, mmg i did have a crush on him (he have no idea bout that) back when we're in form 4, before i move on with my life a year later (hopefully he's not reading this one) so as him

kami start bercinta during my final year di uia and he has started working. dari la before kawin, sampailah 6 bulan pertama perkahwinan kami, kami mengamalkan PJJ (perhubungan jarak jauh) i di gombak, dia di pekan nenas, i di perlis, dia di bangi, lepas kawin, i di grik, dia di sepang. boleh dikira dengan jari berapa kali kitorg dating before kawin, rasanya tak sampai 15 kali.

tapi paling seksa during the first six month of our marriage. i was staying in grik, perak while my husband in sepang. the journey by bus from grik to kl took 5 hours (3pm-9pm) and also from kl to grik (10pm-3am). memang suffer that time, i did all the travelling since sometimes my husband kena bertugas during weekend. punyalah gigih, sanggup naik bas dari kl pukul 10mlm and sampai grik pukul 3PAGI... i siap turun tengah jalan since my school sampai dulu before bus station. ingat lagi...jalan kaki dalam GELAP, TEPI HUTAN nak balik rumah. masa tu fikir nak sampai je, tapi kepala otak berimaginasi yang MACAM2...hehehehe... those were the days....

selepas kawin, my husband masih lagi ada sikap baran, tapi dah banyak berubah. and when i analyzed, dia akan marah only kalau ada kesilapan berlaku. the rest of the times, he's the most caring and loving guy i've known. Still, ada few things remain unchanged...

masih suka buat lawak...walaupun bukan lagi lawak bodoh

masih kuat mengusik (trust me on this, semua orang diusiknya, including his in-laws)

masih suka selalu menang...tapi dah boleh compromise

masih cepat marah...tapi cepat sejuknya



in all sort of way, he's the one who actually changed me, in a positive ways....

no more bangun lambat, since he's a morning person, tak kisahlah tidur pukul berapa tidur...

no more lengah2kan masa, since he's the most punctual person i've ever known...

no more sikap sambil lewa, since he takes everything seriously...

kadang2, or selalu i think, dia yang kena bersabar dengan his wife ni, yang masih suka kuat merajuk, selaly bangun lambat ;p, degil and keras kepala (seriously)

with him by my side...

tak payah susah2 basuh kereta, isi minyak, he'll do it
tak payah susah2 fikir solution sesuatu masalah, he'll do it
tak payah susah2 fikir menu nak masak, he'll do it
tak payah degil2 sangat, he'll not donna layan
tak payah nak boring2 di rumah, he'll always be there to cheer me up

so, i learnt that the phrase "don't judge a book by its cover" is absolutely right!!!!!! :)

p/s: actually this was written earlier, tapi masa tengah menaip, suddenly my husband duduk sebelah, and tiba2 nak close window tak boleh, hang pulak. he was asking" you buat apa ni? sambil mata liar membaca skrin komp...so, terpaksalah di postpone publishing it ;p

Thursday, February 18, 2010

K.E.N.A.N.G.A.N....

Salam semua...
I was going thru' old stuff... when i found something intresting ;p


this is a small frog key chain. though its small, it actually bring out a memory... back dated a few years ago, when we first start dating. It was actually a gift from me, to my husband indicating a very special and memorable time of our life...
Im not the kind of person who is capable of expressing my feelings verbally, instead, i'll use different approach, expressing what i feel. Something, my husband dont really like. Ye la, bila marah ke, suka ke, geram ke, anything, i used to keep it to myself....

So, this key-chain was used, as an indirect way, to tell my husband (my future boyfriend that time) that its time for us to make it official, i.e, im wanted to say "I Love You" to him, and saying YES for a further relationship with him :) HOW??? Notice the red heart at the middle of the toy? Special thing bout it is, once you press the heart, it will say.... *smooooch* "I Love You" an indirect way to say I love You.... ;p
and after approximately 5 years... i found the toy, among some other stuff... the first thing i said to my husband and our conversation was like this...

Me: Abang.... tengok ni, yang i bagi abang dulu (while pointing to it)
My husband: Hmmm... i tak tau sebenarnya apa motif toy ni, but still i keep
(and i press the heart, *smoooch* I Love You!!!, and i smiled)
korang nak tau reaction from my husband?
My husband: Eh, i tak tau ada bunyi2... (sambil membelek toy tersebut)
Me: Ya Allah, selama ni abang tak pernah dengar la bunyinya? penat je i meluahkan perasaan.....

Hmmmm... sabar je la...

Im not a big fan of teady bears, or something like that. Although, ada 3 yang disimpan, yang istimewa.... Apart from the first one i showed.. this is my fav



memang sentiasa di tepi katil...

bought in sunway pyramid, our fav dating spot. And the funny thing is, i yang tergedik2 nakkan patung ni. When he asked me what i want? tanpa segan silunya i said " I teringin sangat nak teddy bear. Kalau bercinta mesti ada satu teddy bear, untuk kenangan. Satu je...." He smiled, and bought me this one. I love it sooo much. I always keep with me, a miniture of my husband's perfume, Hugo Boss. Poyo tak kalau i cerita whenever he's away, or the times when we were apart from each other, i used to spray his perfume to the bear ang hugged it till im asleep.... ;p kalau duduk berjauhan dengan suami, then you'll know that its not that weird, doing it....

and, whenever we had a fight, or whenever i terasa hati with my husband, i akan tunjuk protes... wont hug him to sleep. konon2 merajuk la, tidur sambil peluk bear tu.... my husband will notice that, its sooo obivious ;p

notice that one of its eye is missing? hehehe, angkara nak saudaraku.... and i was suprised when my husband noticed it too....
the main reason i got this...



and got this thru Guardian stamp collection :) never seen my husband excited sangat mengumpul setem dari Guardian ni...
so, here it is,
ntahla apa motif entry ni, just sharing... :)

Wednesday, February 3, 2010

Oh Ibu Mertuaku...


Salam semua...


Daring tak tajuk entry kali ni? Hehehe, bukan apa.... pagi tadi, listening to Hot FM, topik is about "Kisah Ibu Mertua". Banyak la komen2 diberi oleh pendengar yang membuatkan i tersenyum je sepanjang jalan.

Memang diakui, hubungan ibu mertua dan menantu tak selalunya indah. Just like hubungan kita dgn suami. Bak kata P. Ramlee, sedangkan lidah lagikan tergigit. Menerima dan menyesuaikan diri dengan orang yang baru, memerlukan masa dan kesabaran. Kita kena belajar tabiat, mengubah tabiat, mengambil hati, jangan cepat terasa hati, and few other things. As for me, Alhamdulillah... hubungan dengan ibu mertua bolehlah dikatakan ok, walaupun di awal2 perkahwinan, i doubt that my mother in law likes me. This is due to few reasons...


  1. The first time i met my MIL was on 3rd raya, the first year we were couple. Masa ni, nervous jangan cakapla... menggigil kepala lutut. My husband bukan saja bawak mak dia, tapi SELURUH adik beradiknya, penuh rumah. My husband ada 6 orang beradik, and he's the youngest, all all of his brothers and sisters alreay married except for a sister. So, just imagine, how to make the best impression in front of your future family in law. In addition, my MIL tak bercakap banyak, masam mukanya and ada few times, i caught her, starring at me.... so, i was wondering, orang tua ni tak sukakan aku ke... tak lawa kot aku ni... and few other things... It was the first time i met her

  2. Second time, was on the day my best friend during my days at MRSM BP, wanie got married, location Teluk Intan. Since the distance between Teluk Intan and Sabak Bernam (husband's hometown) too only 30mins drive, he decided to bring me to his house, right after kenduri. Masa ni, lagi la menggelabah since there will only be me, my husband, and her. Ditambah pulak dengan pengalaman pertama met her yang tak berapa memberansangkan tu, creating all kind of feelings.... In contrast, the 2nd day i met her was quite ok actually. we did a lot of talking, some jokes

  3. And everything was going smooth until a week after our marriage. During kenduri menyambut menantu, di bilik pengantin yang dihias indah....romantik, hehehe my MIL were sleeping with us... kalau korang, macam mana?

  4. To make things worst, on our second day of honeymoon, in langkawi, my husband received a phone call from his mother. Terkejut tak korang kalau, di saat2 indah dan manisnya mengecapi bulan madu, just the two of you... tiba2 ur MIL called and bgtau dia dah sampai jeti langkawi, and minta kami menjemput dia. Kalau korang macam mana????? Masa tu rasa nak marah sangat2, mood terus down, rasa mcm masa tu jugak nak balik, tak payah honeymoon semua. And that was the first time, me and my husband had our first fight as husband and wife, walaupun pada hakikatnya, my husband is not the person to be blame..."Bukan i yang ajak mak, bukan i yang suruh dia datang, i pun tak tahu rancangan dia, kenapa you nak marah i???", kata suamiku. Memang betul, but then, takkan nak marah my MIL kan, so i lepaskan marah pada my husband la... So our honeymonn ditemani oleh ibu mertua kesayanganku. Thank god that she was with few friends, staying jauuuhh dari hotel kami and my husband came out ith a bright idea that we already dalam pakej lawatan oleh pihak hotel, that we cannot join them. Fuuuhh... terlepas, but still, one incident, one of the night, my MIL called, saying that dia dah ada di lobi hotel kami and Tuhan menyebelahi kami, they went to the wrong one ;p we were staying at Langkasuka Beach Resot, they went to Hotel Langkasuka... itu la pengalaman bulan madu ku...

  5. My MIL suka SANGAT datang ke rumah kami, compared to rumah adik beradik lain.... and kalau dia datang, hujung minggu je mesti sibuk2 nak ajak SEMUA anak2 di berkumpul kat rumah kami. Dan at te end of the day, yang tetuk buat kerja, yang penat segala, would definately be me. Dan mula la episod nak bergaduh kami laki bini. I know, its not my hubby's fault, tapi bila badan dah penat, hati jadi cepat marah, dan terpaksa la lepaskan pada my husband.... kesian abang....

BUT.........


Despite that, as time goes by, i learnt to get to know her better....


I learnt that, we cannot compare btwn our own mother and our MIL, tak sama


Kegemaran kita tak sama


Tabiat kita tak sama


Cara memasak kita tak sama


Channel tv kegemaran kita tak sama


cuma satu yang sama....


Kita sayang orang yang SAMA.... Ahmad Fairuz b. Mohd Yusof :)


I learn that, bila saja rasa down, ingatkan kembali, jasa ibu mertua kita , melahirkan dan membesarkan suami kita, kerana di atas jasanya, besar suami kita tu, dapat kawin dengan kita :P


DAN....


selepas 2 tahun dan 7++bulan perkahwinan kami, Alhamdulillah.... hubungan yang terjalin bertmbah baik....



My MIL tahu my fav food, and selalu masakkan my fav food, instead of her own son's


My MIL tahu warna kegemaran ku, compared to her other menantu (she bought maroon jubah for me, balik dari Mekah...menantu lain, pilih warna masing2)


My MIL suka datang my house, sebab dia selesa with me, its a credit for me, right... even when my husband was not around for two month, she was staying with me, for a month....


So for me, keserasian antara dua individu, bukan dapat dikecapi sehari, it needs time dan kesabaran.... InsyaAllah


Now, she's currently not feeling very well, dah mula cakap yang merepek2 tentang mati...saki dan dll. Sebab sayang la, last week, rabu kami ambil cuti, balik sabak dan temankan dia yang sedang down sangat sebab dah nak kena mula dialisis


Dan sebab sayang jugakla, belum sempat kering peluh baru sampai, i masakkan makanan kegemarannya, masakkan bubur kacang yang dimintanya. Semoga dia lebih sihat nanti....

us.....

Sunday, January 31, 2010

Latest addiction?????




Salam semua...
I just purchased this last week....


and i got these for free



Some friends at school teased me something regarding a new addiction to Tupperware. I senyum je. I'm not that addicted to tupperware, but still, i wish to have some of its collection. While browsing the catalogue, my initial intention was just purchasing bekas isi air dalam fridge. Instead, i spent almost 300 for all these. I was looking for the best best way to sneek it without being seen by my husband. Well, you know guys.... they doesn't seem to understand our passion in all those things.
and im actually kinda like looking at all these, neatly organized in my store room
;p

Monday, January 25, 2010

My sis's big day...

Salam semua...
My sis's big day, back in dec last year. Sungguh la lama baru upload hehehe (sorry kak ngah) Enjoy








































































Thursday, January 21, 2010

Husbandku yang prihatin...

Salam semua...
Lately... (well, not lately to be exact...) after two miscarriage and 3 months of supplement from doc, i gained weight (jangan harap la i nak bagitau berapa). Actually, by taking the med prescribed from doc, its so obivios that one of its symptom is some weight gain. Trust me on this, since i've already been there. So, since my husband is sangat prihatin with the 'development' o his beloved wife, he bought me something, a week ago, and the things arrived to our house later this evening. Kawan-kawan nak tahu apakah ia? It's......

Haaaaa, basikal kayuh dalam rumah
and since he's concern that im not going to use it, he's found out a very strategic place for it...
depan tv, dalam our master bedroom :)
since he knew that im always into sitcoms in the morning (due to my new working routine), he purposely put it there, so that i can use it, while watching my fav sitcoms
and for himself...

apa tah nama benda ni, he did mentioned bout it, tapi i terlupa
quoted from him " i dah lama tak guna______________ ni, last dulu time join rugby during uni time"
this gesture of him, is actually a wake up call for me. yes, blame it to the med....
jangan risau bang, i akan guna ;p
rasa macam nak tengok wayang di the curve la...
lama tak dating the curve :)

Monday, January 18, 2010

contd'

p/s:you should be reading my previous post first
Salam semua, continue from my previous post,



From these....





to these....



kami telah transform ruang tamu atas, from this


to these...
yes...yes, i know. tak seberapa, but still, ni la hasil titik pelu kami. ni la syurga kami...
ada few plans to be excuted, tapi masih dalam perancangan, tunggu duit simpanan penuh balik...


New...

Salam semua...
As stated from my previous post, i was considering of replacing my old fridge. Sin ce wang yang terkumpul sudah mencukupi, malam tu jgk we went to Seng Hup, purchasing my new......

Toshiba Fridge [GR-RG73MDA]
Alhamdulillah....
So... introducing our new fridge
(mesti ada orang cakap, beli peti ais pun nak kecoh2, tapi gasaklah...)


it took me 5 months to purchase this

bahagian dalam. spacious

setelah diisi

comparing old and new
*my husband cakap.... hah, tidurla kat bawah dengan peti ais tu

(sebab.... i keep on hugging n tersengih2 masuk n keluar dapur, hehehe, jangan marah ye bang...)

Nadia, still remember wed abg pojie, when i couldn't make it to ikea? Well,the same evening, ikea hntr the furniture yang kami beli dr ikea.
The delivery service, bukan percuma ye.... i thought sepang, since its not that far from putrajaya, i thought the cost is the same, around 60-100 bucks. TETAPI sangkaanku meleset, "sepang outside klang valley and neighbourhood, so akak kena bayar rm220" Amek kau, tapi what to do, takkan nak mengankut naik kereta, berapa kali nak pusing2, then mana la muat kayu2 tu. So, i pay la, together with fee utk the workers pasang siap


pekerja sedang memasang



hasilnya, 2 rak kayu


2 rak besi


1 almari buku

office table

rak kayu, besi, digunakan untuk mengemaskini stor.
almari buku n meja office, kami gunakan untuk transformekan (ade ke this word) ruang menonton di atas kepada SOHO(small office/home office) senang sket buat kerja, plus my husband should be preparing for his exam somewhere in march.

i did mention dalam post terdahulu, bout one of my husband's organizing attitude. Seriously, he's the most organize person i've ever met, my whole life. More organized than my uni friend nadia (seriously, nadia mmg seorang yang sangat organized-trust me, her roommate for 3 years :p)
so, my husband memang tak suka sepah2 ni, so we spent the whole evening, menyusun atur dua stor kami. i'll attach the pics in my next post, since i rasa dah panjang sangat ni
:)