Monday, July 12, 2010

MASA Itu EMAS

Salam semua...
Pendek dan padat...
Last 2 weeks, send off another of my younger sister to UMS, degree in Kewangan Islam. Alhamdulillah... berjaya anak2 mama n abah, despite segala kepayahan yang perlu mereka tempuhi untuk besarkan kami tujuh beradik. Dengan berangkatnya adikku itu ke Sabah, maka dengan rasminya, tinggallah mama, abah n my youngest sister sahaja di rumah. Me, in sepang, my 2nd sister staying and working in puchong, my brother kerja di penang, yon still got another semester degree di uitm shah alam, iqah di ums, sabah, mimi di matriks banting, tinggal umi je kat rumah. Sunyi mama kata... dulu, rumah kami kecik, orangnya ramai. Memang sempit. Bayangkan kami 6 beradik perempuan dalam satu bilik, adik lelaki dalam satu bilik, mama n abah abah tidur kat ruang tamu, my late ill grandma was in another room. Memang crowded rumah. Dengan bajunya, dengan barang2 kateringnya, sampai kat ruang tamu pun ada peralatan ketering. Lepas pencen, mama dapat duit epf or something, she used the money untuk besarkan rumah. Now, alhamdulillah... memang selesa sangat kalau balik ipoh. Me and my sister dapat sorang satu bilik, since kitorang dah kawin, tak mainlah share2 ni kan... my brother satu bilik, my 3 sisters satu bilik and abah and mama satu bilik. Bilik air pun dah bertambah, dulu dua, sekarang dah jd 3 bilik air yang sangat2 selesa. Ingat dulu time baru2 kawin, my husband nak sponsor renovate bilim air since the condition sangatlah menyedihkan... Now that the house is big enough to occupied all of us, orangnya pulak yang takde... Tetiba rasa sedih pulak, rasa macam semua adik2 dah besar2, kadang2 rindu masa2 yg dihabiskan bersama2...
1. Rindu nak tidur sempit2 dalam satu bilik. Me and my youngest sister even shared the same single bed, sbb tak muat. Sembang2 sampai pagi... macam2 gossip...
2. Rindu nak beli vcd cerita hantu, then beli segala mak nenek makanan ringan, dengan air botolnya segala sambil ramai2 dok tgk cerita hantu...
3. Rindu nak pg 7-eleven pukul 2-3 pagi, beli maggi cup then makan dalam kereta
4. Rindu nak berhimpit2 dalam satu kereta kalau nak jalan mana2.. dulu2 kami takde kereta, tp ada jiran yang baik hati, selalu pinjamkan kami kereta proton iswara lama dia. Tp, mmg berhimpit la, 9 orang dalam satu keta. Duduk kena selang-seli, sandar, tak sandar, sandar tak sandar... kalau tak dapat pinjam keta, kami naik la bas ramai2, tp selalunya mama buat dua trip, minggu ni 4 org pg, next week 3 pulak...
5. Rindu nak jalan2 kat area jalan tar, shopping. Duit mmg tak banyak, tp kalau save duit ptptn, dapat la belikan adik2 barang sehelai baju raya...
6. Rindu nak tidur ramai2 kat ruang tamu kalau abah takde. Usunglah tilam dari atas, turun tangga guna tilam buat gelongsor, ala2 mcm naik roller-coaster la kononnya, pk2 balik, mcm org bodoh pun ada. Then tunggu kat bawah tangga, sambut bantal yang mama baling dari atas. Esok pgnya, siapa bangun palin lambat, dia la kena kemas semua toto2 tilam, bantal selimut segala...
7. Rindu nak kena rotan dengan mama...aiiik, ni pun rindu ke? Hehehe, mama memang garang gile dulu, ye la, nak mendisplinkan kami tujuh beradik. Apa yg ter pernah kami rasa dolu2, hanger, batang paip, penyapu, lesung batu, semuanya pernah. memang tak boleh lupa the fear kalau mama tiba2 naik angin. Tp, berkat garangnya mama tu, kami semua jd orang, pandai sesuaikan diri, pandai buat kerja2 dapur...
8. Rindu nak tolong abah buat katering... ok, ni tipu, memang jarang rindu ni sbb memang penat sangat kalau buat katering. Dgn nak prepare, masak, mengemas, menghidang basuh pinggan mangkuk. Serius penat, tak tipu. Tapi best sebab nnt abah bg upah. Me, as cook dapat la sekali rm50, adik2 dapat la sorang rm20.
9. Rindu nak bersama di pagi raya ramai2. Since kawin, memang tiap2 tahun raya pertama di sabak bernam. Tp, jgn salah faham, ni bukan diktator, tp memang tuan punya badan yang sukarela raya kg suami dulu, due to some reason yang biarlah me and my mother sahaja yang tahu...
10. Basically, rindu semua sekali. Rasa2 macam masa tu cepat je berlalu ka, tahu2 dah besar semua. Tahu2 esok2... "Along, ingat nak kawin la..." ish2... dah besar semua adik2 ku ini... Pesan along, jangan lupa diri, jangan lupa keluarga. Kita ada kita sahaja antara satu sama lain...