Tuesday, November 23, 2010

Perkembangan Terkini...

Salam semua...
Berpantang dah masuk 3 minggu, Aiman dah masuk tiga minggu baru la nak update. Ishh... sorri semua
Currently bersiaran di rumah sendiri. Kalau ikut perancangan dulu, mmg nak pantang2 semua di ipoh, tp Allah dah perancangan lain. So, kena la import my mom jaga pantang di sini. During the first two weeks, my mom was taking care of me, now ganti plak dgn my sister yg br hbs degree and another one yang sedang bercuti br blk dr sabah since my youngest sis sedang menghadapi SPM.
So far, keadaan ibu berpantang ni ok je, kena kuat sket la since kena menjenguk anak tersayang yang masih di hosp. Actually, mlm lps operate dah start berjalan2 pg tgk baby. Sakit mmg sakit, kt tpt operate tu, tp Alhamdulillah... blh tahan. One funny story, even after the surgery, bila kesan ubat bius dah hilang, i refused to take any pain killer, cause i read from somewhere, nak cepat baik, jangan ambil pain killer. Bijak...bijak. Terbeliak mata doktor pg esoknya when my husband told him that i didn't take any painkiller throughout the night. And he laughed all the way bila i kemukakan teori BIJAKSANA tersebut. kata doktor"Puan, puan tau tak berapa lapis perut yg kami potong semalam? Jgn ambil painkiller tu, only applicable utk demam2, selsema etc. You just had ceasarian my dear". Terkebil2 la...then terus mintak painkiller dari nurse. Enough bout me....
Perkembangan Ahmad Aiman:
  • Lahir dengan berat 1.o1 kg, turun kepada 930gm within the first few days and currently weighed 1.1 kg. The avg weight increase/gain for premmie babies are within 15-20 gm. Ada hari berat Aiman naik sampai 50-60 gm, ada hari turun 20-30gm, ada hari statik. Tp menurut doktor, semua tu normal. Dia sedang menyesuaikan diri, give him some time
  • Progress Aiman dr segi pernafasan sangat baik. The doc turn off the oxygen supply to him, pada hari ke-6, which is very fast, since he can breath by himself. We were so happy bila dtg tgk Aiman tanpa tiub2 besar yg dimasukkan ke lubang hidungnya. Sumpah, kita yg tgk pn rasa tak selesa, apatah lagi dia. Tp happy tu tak lama, two days after that, tiub tersebut dipasang semula. Kata nurse, bila dia dah selesa tidur, kadang2 Aiman terlupa nak bernafas. Tp alhamdulillah, few days after that, Aiman mmg bebas oxygen totally. Dah blh bernafas sendiri, dah semua organ pernafasan berfungsi sempurna.
  • Since Aiman masih kecil, tak blh bf, susu disalurkan melalui satu tiub terus ke perutnya. Aiman dah 21 hari, susu consumption currently is 19ml, every 2 hrs, which is fast. Alhamdulillah...production susu tidaklah banyak tp so far memang mencukupi. Tak banyak, sekali pam blh dpt 60-70ml, so kenala pump byk kali.
  • Dllm NICU, ada 3 kawasan penempatan utk premmie babies. Ruang kritikal, ruang pemerhatian and ruang stabil. Alhamdulillah, dalam masa 2 minggu lebih, Aiman kini sudah duduk di kawasan stabil. Kata doc n nurse, ruang ni menunjukkan baby takde masalah besar, cuma tunggu berat badan naik sahaja. Alhamdulillah...
  • So far, kami sudah blh menyalin pampers n bagi susu pd Aiman. Masa mula2, menggigil jgk, since he's so small, mcm fragile je. Tp lama2, ok je. So far, Aiman mmg sentiasa bekalkan kami dengan poo poo je, everytime kami salin pampers ptg2. Bgus anak mummy..... kami dah mula membelai Aiman dengan baby oil, banyakkan sentuhan dgn baby, usap2 supaya dia cepat besar.
  • Menurut para doc n nurse di sini, Aiman ni kuat, tak padan dgn tubuhnya yg kecil. I can still remember, satu hari dalam minggu pertama tu, when i went to see him, tgk dia tgh berbogel, pampers dh terbukak n di hujung kaki. Thinking that maybe nurse nk tukar pampers, kami pn biarkan je la, tiba2 bila nurse dtg bwk susu, ters dia ckp " Ni, macam mana pampers blh tertanggal ni..." rupanya dah pandai kakinya berpusing2 tolak pampers. In fact, that was our first time kami tgk 'bird' Aiman. " Confirm yang, anak lelaki" kata my husband hehehe. Tgn2 pn kuat, bayangkan, tiub oksigen yg tebal dan berat tu, berapa kali dia dapat tarik2, maybe sbb tak selesa. Alhamdulillah, menurut doktor, baby yg aktif dan lasak mcm tu, menunjukkan perkembangan yang positif.

Currently, itulah perkembangan Aiman yg dapat diceritakan buat masa ni. Doa kami, diharap Aiman cepat membesar, naik berat badan supaya dapat kami bawa pulang ke rumah. I admit, the first few days was tough, seeing you child with all the wires stuck to his little bady. Seeing him cry bila doc ambil darah. Tp kami tahu, kena kuat since baby can sense pur positive vibes. Tuhan, tabahkan kami, demi Ahmad Aiman :)

Terima kasih kepada semua rakan2 yang turut mendoakan kami...

Tuesday, November 9, 2010

Terpuji dan Bertuah...

Salam semua....
Masuk today, dah seminggu usia Ahmad Aiman b. Ahmad Fairuz. Yang bermaksud terpuji dan bertuah. Ada sebab kenapa nama ni dipilih. Kepada kawan2 yang masih belum tahu, saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 2/11/10 Selasa 8.42 pagi secara pembedahan. Saya sudah berada di rumah setelah menghabiskan 32 hari di wad 2b hosp putrajaya. Kemudian sahaja kita ceritakan proses kelahiran. Kalau ikut ticker di blog ni, belum sampai lagi masanya kan? Yes, my baby is premature baby. Lahir dengan berat badannya 1.1kg sahaja, tapi panjang... 35cm.
Currently, masih berada di NICU hosp putrajaya dan besar kemungkinan akan berada di sana untuk satu tempoh masa yang agak panjang. Buat masa ni, perkembangan aiman stabil. kami suami isteri tidak pernah gagal menjenguknya setiap hari, membekalkan hasil perahan susu ibu dan memberikanny akata2 semangat untuk terus berjuang. Menurut doktor, aiman seorang bayi pramatang yang kuat. Tenaga kecilnya mampu menarik wayar2 yang dipasang disekitar badannya. Buat masa ni, ada satu wayar dipasang untuk salurkan nutrien/ susu dan satu lagi wayar untuk salurkan antibiotik, since tubuhnya kecil dan masih memerlukan banyak bantuan.
Walau kita cuba untuk menjadi kuat, positif, namun terkadang kita kalah dengan perasaan sendiri. Alangkan kita yang besar ni pun tahu mengaduh kalau sakit, ni kan pula anak kecil. Kalaulah boleh digantikan tempat, memang sudah kami lakukan. Biarlah badan ni yang sakit, asalkan anak ok.
Yes, i know what you guys akan cakap, be strong, positive etc, yes, im trying tapi kadang2...
Mujur ada seorang suami yang sangat tabah, sentiasa positif dan sentiasa sabar. Tetapi, bila difikirkan2, kesian suami. Di saat dia sentiasa tenang, tabah, positif dan sabar di sisi kita, untuk kita, siapa yang berada di sisinya untuk menenangkan dia? Bukan tak pernah ternampak sang suami menangis di atas sejadah, tetapi akan terus berlagak normal kemudiannya demi untuk kita.
Untuk teman yang sudi berkunjung semasa di hospital, sekalung penghargaan diucapkan. Terutama buat teman yang sudi meluangkan masa yang sangat berharga dan dari jarak yang jauh. Buat masa ni, benar2 mengharapkan doa rakan2 sekalian...
Semoga ahmad aiman akan terus kuat untuk berjuang. Mummy dan abah tak sabar nak dukung awak sayang...