Sunday, October 10, 2010

Dugaan....

Salam semua....
Maaf, lama tak update. Memandangkan sedang sangat lapang sekarang, boleh la menaip2 sikit2. Currently sedang bersiaran di Hospital Putrajaya. Ni dah masuk hari ke 6 di sini. Meh, cerita sikit kronologi yang boleh sampai ke sini...
5/10/10
Monthly checkup di hosp putrajaya. Actually, we went for chechup di two different places, one is di columbia asia puchong and satu lagi di hosp putrajaya, since im a gov servant and in case of any emergency and mc, putrajaya the nearest. Macam biasa, datang pg, timbang berat, ambil tekanan darah. My weight increase termendously sejak lepas raya, approx 4kg, which is not a good sign. Apart from tha, as i told in my previous post, i've been having a very serious bengkak2 di kaki and tangan, my gynea explained that its normal during pregnancy and describe the condition as water retention, while org2 tua ckp its due to too much ice intake. And since my bp was doing fine, every month, my gynea said there's nothing to worry about.
So, pg 5hb di putrajaya, nurse terkejut tgk my bp was high 167/90. Next, she asked me to pee and do another chech which turned out to produce a higher reading which is 169/92. Terus ditariknya tgn, terus jumpa doc pakar. And since im not having any other simptoms, doc lepaskan dengan syarat selang sehari monitor bp di klinik berhampiran. Thinking that nothing is wrong, siap minta mc, pg kwsp uruskan epf then tgk wayang n shopping brg baby di the curve lagi...
6/10/10
Late morning, around 11am, after cooking lunch, i decided to went to klinik berdekatan rumah untuk check bp. AND TO MY SUPRISE, MY BP NAIK LAGI TINGGI 170/93. And ujuan air kencing menunjukkan ada sikit UTI. Doc yg risau, terus tulis refer letter, "You kena admit today jugak". Balik rumah, call my husband, lunch then straight we went to wad bersalin putrajaya. Semalamam di wad bersalin putrajaya, sempat menyaksikan kelahiran sepasang bayi kembar, dua bayi normal dan kematian seorang bayi. I was hold until my bp stabilize before dipindahkan ke ke wad biasa and sehingga kini, di sini lah saya.
11/10/10
My bp dah stabil, dengan bantuan some med. Latest scan, baby sedikit kecil dari usianya yg sepatutnya. Supposely baby dah around 1.1kg but mine is still around 900++. Air ketububan sedikit berkurangan daripada sepatutnya. Maybe dalamm masa seminggu yg tidak alert tu, my poor baby sdh melalui sedikit stress, menyebabkan badannya menolok nutrisi dari ibunya ni.
Latest update, ada kemungkinan i have to deliver baby earlier than expected, paling cepat, in two weeks time. After some detail scan. And sehingga deliver, i'll be on mc and ada kemungkinan berkampung di wad sehingga bersalin. I was hoping i can be relesed, blh balik rumah, less stress tp doc lebih tahu condition yang terbaik not only for me, but for the sake of my baby.
Kawan2 yang dikasihi, doakan keselamatan saya dan baby. Benar, dugaan Allah tu datang dalam pelbagai bentuk. Kami redha sebab Tuhan lebih mengetahui. Dalam keadaan begini la, terlihat kasih sayang suami yang tidak berbelah bagi. Melihat kesungguhan hati sang suami untuk mententeramkan hati isteri sedangkan hatinya, siapa yang tahu. Melihat pengorbanannya berulang alik dari rumah ke hospital lewat malam, awal pagi. Melihatnya merekot menahan kesejukan tidur di lantai hospital berlapikkan selimut nipis. Melihatnya sentiasa melemparkan senyuman di sebalik kesedihan yang turut dirasakan. Melihatnya yang sentiasa bersikap positif walau kadang2 feedback daripada doc tidak begitu memberansangkan. Melihatkan tangannya yang tidak jemu mengusap dan berkata2 dengan si kecil dalam perut ni, agar dapat bertahan lebih lama. Melihat statutnya di FB yang meluahkan isi hatinya. Dai, sumiku yang sentiasa berusaha menggembirakan hati isterinya. Mungkin ini suatu petunjuk dari Tuhan, agar lebih menghormati, menyayangi dan menghargai seorang insan yang bergelar suami..
Walau kekadang terdetik di hati, kenapa pengalaman mengandung yang sepatutnya indah tidak seperti yang diharapkan tetapi ni semua kerja Tuhan. Kami percaya Tuhan maha mengetahui, tahu yang terbaik untuk kami. Dan kami panjatkan kesyukuran, kerana di sebalik segala dugaan ini, Allah masih bermurah hati memberikan kami peluang untuk merasa menikmati anugerah pemberianNya ini. Kami cuba sedaya upaya, tidak cemburukan mereka yg lebih bernasib baik dari kami, cuma kami bersyukur kerana nasib kami lebih baik daripada mereka yang kurang bernasib baik dari kami. Dugaan Allah datang dalam pelbagai bentuk, sebagai hambaNya, kami terima. Mungkin ini suatu pengajaran bagi kami agar lebih berhati2 untuk kehamilan yang seteusnya...InsyaAllah...
Doakan kami ye...

7 comments:

  1. Dear,

    As I said yesterday, be strong. I know u are, and the baby in the tummy is too. Dont think too much Inda. Baca ayat quran n zikir utk tenteramkan hati. Jgn stress kan diri ok. True dugaan Allah dtg dlm pelbagai bentuk.Kdg2 kita tgk life org tu sgt perfect tp kita tak tau itu adelah part of ujian Allah utk dia. I believe setiap yg terjadi ade hikmah yg baik disebaliknya. I believe in you, I know u'll make it trough.

    Take care mommy, ceria2 slalu...

    Nadia & Fadzil sentiasa doakan yg terbaik utk Inda & baby. Smoga selamat semuanya. Amin!

    *Hugs*

    ReplyDelete
  2. Inda,

    Nuurill dan keluarga sentiasa mendoakan agar semuanya selamat sehingga Little Precious selamat dilahirkan. Amin.
    Inda kenal x Rumy? kawan Se-engin kita dulu. Rumy menghadapi ujian lebih kurang sama dengan Inda. Dia high blood, warded almost 2 months dekat hospital. Bayinya lahir awal and weight 1.7kg. Tapi apa yang Nuurill nak bagitau di sini, alhamdulillah, sekarang baby Rumy sangat sihat, cerdik, ceria malah sangat comel. Dah 2 tahun dah.
    Inda jangan fikir yang bukan-bukan ok. Dia lebih mengetahui. Insya Allah, semuanya akan selamat. Amin. Yang penting, jangan sedih-sedih, jangan risau-risau, Suami sentiasa di sisi.
    Take care, dear.

    ReplyDelete
  3. shidah baru baca post ni, tak tau perkembangan sebenar walaupun dalam hati tertanya-tanya dalam kesibukan hari2..

    insya Allah shidah datang melawat ASAP.. hold on ya, be strong. mungkin Allah datangkan ini supaya inda ada lebih banyak masa dengan baby, dengan suami. utk tenang2 dan tak banyak fikir pasal kerja yg demanding time2 nak exam sekarang ni.

    bykkanlah membaca Quran. lapangkanlah fikiran.. selamilah kisah2 maryam, kisah siti hajar~ semoga Allah sentiasa bersama kalian~

    :hugs:

    ReplyDelete
  4. Salam Inda...

    Insya Allah both of you and baby will be juz fine..Inda byk kn berehat, tenangkan fikiran dgn mbaca al-Quran..esp baca ayatul kursi, surah Yassin dan Insyirah. klu ada air zam2, bselawat, minum dn mohon doa utk kesihatan Inda dn baby k..klu la dkt, tingin Izu nk pi melawat Inda..U be strong ok dear..:)

    ReplyDelete
  5. byk2 rehat dan runsing2 sgt k..baca Al-Quran selalu...insyaAllah takde ape2...jgn stress k...

    anak adik iwan pun lahir premature...7 months...now perkembangan dia ok..so don't worry

    take care..and cakap kat fairuz jaga diri baik2 jugak k...

    ReplyDelete
  6. ~~~kami akan sentiase doakan yang terbaik utk along + abg fairuz + anak sedare kiteorg~~:)

    ReplyDelete
  7. Salam Inda...
    Wani doakan inda n baby sihat2 selalu.
    Insyaallah semuanya akan selamat.
    Be strong k...

    ReplyDelete