Tuesday, April 19, 2011

Aiman In Action

Salam semua....


Tak tulis, tapi post video je aci tak? Aiman ni pantang tgk kamera@hp, terus fokus. Kadang2 siang kerut2 dahi, siap angkat kening sebelah hehehe.




Yang ni pulak video Aiman kena buli dgn mummy, abah n opah hehehe




Thursday, March 31, 2011

Aiman dah 5 bulan...

Salam semua....


Ye... sya tahu, anak baru sorang, sibuk dah mengalahkan orang beranak lima. Tak sempat2 nak update blog. ok i update cepat2 ye...


Syukur Alhamdulillah... esok Aiman genap 5 bulan. Sekekap je rasanya masa berlalu, macam terbayang2 Aiman dalam incubator, sekarang dah depan mata.

To date, Aiman is doing fine, semakin mudah nak dijaga, compared to masa mula2 bawak balik rumah dulu.

1. Fav sleeping position, menirap. Tido dah semakin lasak sekarang. Sedar2, dah berubah kedudukannya.

2. Fav time of the day beside minum susu is mandi. Kalau pepagi tu, selagi belum mandi, jgn harap dia nak duduk senyap. Kalau tertidur pun, ngam2 8.30 mesti celik mata, sibuk2, bising2 nak mandi. Once kita bukak je seluar or butang baju, terus senyum, macam tau2 nak mandi.

3. Current weight is 4.5kg and length 55cm. Ok sebab peningkatan mmg every month. Memang tak sama mcm baby cukup bulan, but ikut kata doc, as long as he's growing steadily, nothing to worry. Usually after 1 year baru prematue baby kejar baby normal in term of size and development.

4. Baru menunjukkan kecenderungan untuk mengiring. Meniarap baru sekali, tu pun secara tak sengaja rasanya. Tp kalau kita yg tiarapkan, dah pandai pusingkan badan terlentang.

5. Sangat suka tengok kamera. Tak kisah la kalau tgh buat apa2, once kita halakan kamera, terus stop doing anything and will stare pada kamera tu. Mmg susah nak dapat gmbr tengah senyum sbb selalu serius je tengok kamera

6. Suka stare at people yg jarang/ br jumpa. Suka kerut2 kan dahi. Ni mmg tabiat i masa mengandung, suka kerut dahi hehehehe sambil marah budak2...

7. His fav person is Tok Abah, my fateher. Amboi kalau jumpa dgn Tok Abahnya, mmg kuat bersembangnya...

8. His fav time untuk bersembang dgn kitorg pulak, pg2 buta, ikut mood dia la pukul 4 ke, 5 ke, kalau nasib baik, pukul 6 baru bangun... once dah bangun, hah tok sah harap la dia nak tido balik, smpi dah mandi.


Ok la, sampai sini dulu. Kalau ada masa, update lagi. Untuk mengubat rindu, tatapla video Aiman ni ye...



Wednesday, December 8, 2010

Perkembangan Ahmad Aiman

Salam semua...
Diam tak diam, 2/12 lepas, Aiman dah sebulan. And today 9/12 another one week to go to finish off my confinement period hehehe. Alhamdulillah... so far berjalan lancar. Biasa la, ada sedikit up and down. Betulla cakap org tua2, masa2 dalam pantang ni memamng mencabar dari segi emosi. Paling kelakar, kdg2 rasa happy, kdg2 sedih. Pernah menangis punya la teruk sampai my husband call my mother katanya... " Saya bukan apa ma, takut dia gila meroyan je...", boleh macam tu? kesian my husband panik sekejap.

Perihal Ahmad Aiman
Alhamdulillah, so far Aiman is doing fine. As mentioned in my prev entry, Aiman sekarang dah diletakkan di bahagian stabil, hanya monitor utk tmbh berat badan je. Suddenly, one fine day last week, we got a phone call from the hospital, minta kami datang secepat mungkin. Hati memang dah cuak sangat, since the hospital never called us before. we rushed to the hosp, and the doctor explained to us about condition Aiman. Rupa2nya, Aiman menunjukkan sedikit simptom anemia, kekurangan darah merah. I did noticed sebelum tu yg Aiman sedikit pucat and hujung2 jari tangan n kakinya sejuk. and he was a bit cranky since few days before. Sedikit maklumat tentang anemia di kalangan bayi pramatang boleh klik sini http://www.babylinq.com/anemiaandyourprematurebaby.aspx.
Panik memang panik, walaupun berkali2 diterangkan oleh doktor tu yg anemia di kalangan bayi pramatang ni adalah normal. So, the doc decided to do some blood tranfusion. To do that, doc took my blood to cross-match it with Aiman's sebelum mendapatkan darah tersebut di blood bank. After some further readings thru the web and more explainations by the doctors, we then realized that anemia among prem babies are normal, and blood transfusion is essential. some may need more than one blood transfusion.
Pada dasarnya apa yg berlaku ialah, baby prem ni kdg2 membesar lebih cepat daripada yg sepatutnya. so, some of their body functions belum fully develop to cope with the development proses, which is in Aiman's case. Jgn risau, kata doktor... A day after the transfusion, Aiman was getting better, tp still cranky, sbb tiub ubat n darah masih di tangannya. Sangat la sensitif bila kita sentuh tangan n kakinya. Maybe dia masih fobia, alangkan kita pun tahu sakit bila dicucuk2, ni kan pulak budak2 kecil, worse, dia tak boleh nak bercerita tentang sakitnya tu.
That day, we spent more time with him. Belai2, cakap2, salinkan lampin, feeding and put him to sleep.
Next day, when we came to visit, Aiman was not in his original place, dah tukat tempat, dekt dengan kaunter nurse and doctor, with a big machine around him and to our suprise, an oxygen tiub attached to his nose( Fyi, Aiman hanya pakai tiub oxygen tu selama tiga hari awal sahaja)
Rupanya, half an hour lepas kami tinggalkan Aiman, dia tidur sangat2 lena, until he forget to breath (this is also normal around prem babies), and he turned blue. Nauzubillah... mujur ada nurse yg perasan. He was immedietly given oxygen supply and cpr. Alhamdulillah... dia ok. Kalau tidak, tak tahu la macam mana 'gila meroyan' i akan jadi.
And latest semalam, when i went to visit him. He was doing a lot better. his red blood cell increased turmendously due to the blood transfusion, so his breathing improved, no longer oxygen supply needed. All the other tiub attached to him dah ditanggalkan, so dia dapat bergerak lebih aktif. Sangat aktif, Alhamdulillah... Aiman kembali menjadi Aiman. Harap2 keadaan Aiman bertambah and kekal baik ye sayang... mummy takut betul bila keadaan awak macam tu. Though he's facing some obstacles, still he gained weight.
Hopefully, by the end of this month, boleh la Aiman keluar. Betul2 tak sabar nak cium and pangku Aiman. Lagi2 tak sabar nak bf Aiman. Kawan2 doakan ye...

Tuesday, November 23, 2010

Perkembangan Terkini...

Salam semua...
Berpantang dah masuk 3 minggu, Aiman dah masuk tiga minggu baru la nak update. Ishh... sorri semua
Currently bersiaran di rumah sendiri. Kalau ikut perancangan dulu, mmg nak pantang2 semua di ipoh, tp Allah dah perancangan lain. So, kena la import my mom jaga pantang di sini. During the first two weeks, my mom was taking care of me, now ganti plak dgn my sister yg br hbs degree and another one yang sedang bercuti br blk dr sabah since my youngest sis sedang menghadapi SPM.
So far, keadaan ibu berpantang ni ok je, kena kuat sket la since kena menjenguk anak tersayang yang masih di hosp. Actually, mlm lps operate dah start berjalan2 pg tgk baby. Sakit mmg sakit, kt tpt operate tu, tp Alhamdulillah... blh tahan. One funny story, even after the surgery, bila kesan ubat bius dah hilang, i refused to take any pain killer, cause i read from somewhere, nak cepat baik, jangan ambil pain killer. Bijak...bijak. Terbeliak mata doktor pg esoknya when my husband told him that i didn't take any painkiller throughout the night. And he laughed all the way bila i kemukakan teori BIJAKSANA tersebut. kata doktor"Puan, puan tau tak berapa lapis perut yg kami potong semalam? Jgn ambil painkiller tu, only applicable utk demam2, selsema etc. You just had ceasarian my dear". Terkebil2 la...then terus mintak painkiller dari nurse. Enough bout me....
Perkembangan Ahmad Aiman:
  • Lahir dengan berat 1.o1 kg, turun kepada 930gm within the first few days and currently weighed 1.1 kg. The avg weight increase/gain for premmie babies are within 15-20 gm. Ada hari berat Aiman naik sampai 50-60 gm, ada hari turun 20-30gm, ada hari statik. Tp menurut doktor, semua tu normal. Dia sedang menyesuaikan diri, give him some time
  • Progress Aiman dr segi pernafasan sangat baik. The doc turn off the oxygen supply to him, pada hari ke-6, which is very fast, since he can breath by himself. We were so happy bila dtg tgk Aiman tanpa tiub2 besar yg dimasukkan ke lubang hidungnya. Sumpah, kita yg tgk pn rasa tak selesa, apatah lagi dia. Tp happy tu tak lama, two days after that, tiub tersebut dipasang semula. Kata nurse, bila dia dah selesa tidur, kadang2 Aiman terlupa nak bernafas. Tp alhamdulillah, few days after that, Aiman mmg bebas oxygen totally. Dah blh bernafas sendiri, dah semua organ pernafasan berfungsi sempurna.
  • Since Aiman masih kecil, tak blh bf, susu disalurkan melalui satu tiub terus ke perutnya. Aiman dah 21 hari, susu consumption currently is 19ml, every 2 hrs, which is fast. Alhamdulillah...production susu tidaklah banyak tp so far memang mencukupi. Tak banyak, sekali pam blh dpt 60-70ml, so kenala pump byk kali.
  • Dllm NICU, ada 3 kawasan penempatan utk premmie babies. Ruang kritikal, ruang pemerhatian and ruang stabil. Alhamdulillah, dalam masa 2 minggu lebih, Aiman kini sudah duduk di kawasan stabil. Kata doc n nurse, ruang ni menunjukkan baby takde masalah besar, cuma tunggu berat badan naik sahaja. Alhamdulillah...
  • So far, kami sudah blh menyalin pampers n bagi susu pd Aiman. Masa mula2, menggigil jgk, since he's so small, mcm fragile je. Tp lama2, ok je. So far, Aiman mmg sentiasa bekalkan kami dengan poo poo je, everytime kami salin pampers ptg2. Bgus anak mummy..... kami dah mula membelai Aiman dengan baby oil, banyakkan sentuhan dgn baby, usap2 supaya dia cepat besar.
  • Menurut para doc n nurse di sini, Aiman ni kuat, tak padan dgn tubuhnya yg kecil. I can still remember, satu hari dalam minggu pertama tu, when i went to see him, tgk dia tgh berbogel, pampers dh terbukak n di hujung kaki. Thinking that maybe nurse nk tukar pampers, kami pn biarkan je la, tiba2 bila nurse dtg bwk susu, ters dia ckp " Ni, macam mana pampers blh tertanggal ni..." rupanya dah pandai kakinya berpusing2 tolak pampers. In fact, that was our first time kami tgk 'bird' Aiman. " Confirm yang, anak lelaki" kata my husband hehehe. Tgn2 pn kuat, bayangkan, tiub oksigen yg tebal dan berat tu, berapa kali dia dapat tarik2, maybe sbb tak selesa. Alhamdulillah, menurut doktor, baby yg aktif dan lasak mcm tu, menunjukkan perkembangan yang positif.

Currently, itulah perkembangan Aiman yg dapat diceritakan buat masa ni. Doa kami, diharap Aiman cepat membesar, naik berat badan supaya dapat kami bawa pulang ke rumah. I admit, the first few days was tough, seeing you child with all the wires stuck to his little bady. Seeing him cry bila doc ambil darah. Tp kami tahu, kena kuat since baby can sense pur positive vibes. Tuhan, tabahkan kami, demi Ahmad Aiman :)

Terima kasih kepada semua rakan2 yang turut mendoakan kami...

Tuesday, November 9, 2010

Terpuji dan Bertuah...

Salam semua....
Masuk today, dah seminggu usia Ahmad Aiman b. Ahmad Fairuz. Yang bermaksud terpuji dan bertuah. Ada sebab kenapa nama ni dipilih. Kepada kawan2 yang masih belum tahu, saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 2/11/10 Selasa 8.42 pagi secara pembedahan. Saya sudah berada di rumah setelah menghabiskan 32 hari di wad 2b hosp putrajaya. Kemudian sahaja kita ceritakan proses kelahiran. Kalau ikut ticker di blog ni, belum sampai lagi masanya kan? Yes, my baby is premature baby. Lahir dengan berat badannya 1.1kg sahaja, tapi panjang... 35cm.
Currently, masih berada di NICU hosp putrajaya dan besar kemungkinan akan berada di sana untuk satu tempoh masa yang agak panjang. Buat masa ni, perkembangan aiman stabil. kami suami isteri tidak pernah gagal menjenguknya setiap hari, membekalkan hasil perahan susu ibu dan memberikanny akata2 semangat untuk terus berjuang. Menurut doktor, aiman seorang bayi pramatang yang kuat. Tenaga kecilnya mampu menarik wayar2 yang dipasang disekitar badannya. Buat masa ni, ada satu wayar dipasang untuk salurkan nutrien/ susu dan satu lagi wayar untuk salurkan antibiotik, since tubuhnya kecil dan masih memerlukan banyak bantuan.
Walau kita cuba untuk menjadi kuat, positif, namun terkadang kita kalah dengan perasaan sendiri. Alangkan kita yang besar ni pun tahu mengaduh kalau sakit, ni kan pula anak kecil. Kalaulah boleh digantikan tempat, memang sudah kami lakukan. Biarlah badan ni yang sakit, asalkan anak ok.
Yes, i know what you guys akan cakap, be strong, positive etc, yes, im trying tapi kadang2...
Mujur ada seorang suami yang sangat tabah, sentiasa positif dan sentiasa sabar. Tetapi, bila difikirkan2, kesian suami. Di saat dia sentiasa tenang, tabah, positif dan sabar di sisi kita, untuk kita, siapa yang berada di sisinya untuk menenangkan dia? Bukan tak pernah ternampak sang suami menangis di atas sejadah, tetapi akan terus berlagak normal kemudiannya demi untuk kita.
Untuk teman yang sudi berkunjung semasa di hospital, sekalung penghargaan diucapkan. Terutama buat teman yang sudi meluangkan masa yang sangat berharga dan dari jarak yang jauh. Buat masa ni, benar2 mengharapkan doa rakan2 sekalian...
Semoga ahmad aiman akan terus kuat untuk berjuang. Mummy dan abah tak sabar nak dukung awak sayang...

Sunday, October 10, 2010

Dugaan....

Salam semua....
Maaf, lama tak update. Memandangkan sedang sangat lapang sekarang, boleh la menaip2 sikit2. Currently sedang bersiaran di Hospital Putrajaya. Ni dah masuk hari ke 6 di sini. Meh, cerita sikit kronologi yang boleh sampai ke sini...
5/10/10
Monthly checkup di hosp putrajaya. Actually, we went for chechup di two different places, one is di columbia asia puchong and satu lagi di hosp putrajaya, since im a gov servant and in case of any emergency and mc, putrajaya the nearest. Macam biasa, datang pg, timbang berat, ambil tekanan darah. My weight increase termendously sejak lepas raya, approx 4kg, which is not a good sign. Apart from tha, as i told in my previous post, i've been having a very serious bengkak2 di kaki and tangan, my gynea explained that its normal during pregnancy and describe the condition as water retention, while org2 tua ckp its due to too much ice intake. And since my bp was doing fine, every month, my gynea said there's nothing to worry about.
So, pg 5hb di putrajaya, nurse terkejut tgk my bp was high 167/90. Next, she asked me to pee and do another chech which turned out to produce a higher reading which is 169/92. Terus ditariknya tgn, terus jumpa doc pakar. And since im not having any other simptoms, doc lepaskan dengan syarat selang sehari monitor bp di klinik berhampiran. Thinking that nothing is wrong, siap minta mc, pg kwsp uruskan epf then tgk wayang n shopping brg baby di the curve lagi...
6/10/10
Late morning, around 11am, after cooking lunch, i decided to went to klinik berdekatan rumah untuk check bp. AND TO MY SUPRISE, MY BP NAIK LAGI TINGGI 170/93. And ujuan air kencing menunjukkan ada sikit UTI. Doc yg risau, terus tulis refer letter, "You kena admit today jugak". Balik rumah, call my husband, lunch then straight we went to wad bersalin putrajaya. Semalamam di wad bersalin putrajaya, sempat menyaksikan kelahiran sepasang bayi kembar, dua bayi normal dan kematian seorang bayi. I was hold until my bp stabilize before dipindahkan ke ke wad biasa and sehingga kini, di sini lah saya.
11/10/10
My bp dah stabil, dengan bantuan some med. Latest scan, baby sedikit kecil dari usianya yg sepatutnya. Supposely baby dah around 1.1kg but mine is still around 900++. Air ketububan sedikit berkurangan daripada sepatutnya. Maybe dalamm masa seminggu yg tidak alert tu, my poor baby sdh melalui sedikit stress, menyebabkan badannya menolok nutrisi dari ibunya ni.
Latest update, ada kemungkinan i have to deliver baby earlier than expected, paling cepat, in two weeks time. After some detail scan. And sehingga deliver, i'll be on mc and ada kemungkinan berkampung di wad sehingga bersalin. I was hoping i can be relesed, blh balik rumah, less stress tp doc lebih tahu condition yang terbaik not only for me, but for the sake of my baby.
Kawan2 yang dikasihi, doakan keselamatan saya dan baby. Benar, dugaan Allah tu datang dalam pelbagai bentuk. Kami redha sebab Tuhan lebih mengetahui. Dalam keadaan begini la, terlihat kasih sayang suami yang tidak berbelah bagi. Melihat kesungguhan hati sang suami untuk mententeramkan hati isteri sedangkan hatinya, siapa yang tahu. Melihat pengorbanannya berulang alik dari rumah ke hospital lewat malam, awal pagi. Melihatnya merekot menahan kesejukan tidur di lantai hospital berlapikkan selimut nipis. Melihatnya sentiasa melemparkan senyuman di sebalik kesedihan yang turut dirasakan. Melihatnya yang sentiasa bersikap positif walau kadang2 feedback daripada doc tidak begitu memberansangkan. Melihatkan tangannya yang tidak jemu mengusap dan berkata2 dengan si kecil dalam perut ni, agar dapat bertahan lebih lama. Melihat statutnya di FB yang meluahkan isi hatinya. Dai, sumiku yang sentiasa berusaha menggembirakan hati isterinya. Mungkin ini suatu petunjuk dari Tuhan, agar lebih menghormati, menyayangi dan menghargai seorang insan yang bergelar suami..
Walau kekadang terdetik di hati, kenapa pengalaman mengandung yang sepatutnya indah tidak seperti yang diharapkan tetapi ni semua kerja Tuhan. Kami percaya Tuhan maha mengetahui, tahu yang terbaik untuk kami. Dan kami panjatkan kesyukuran, kerana di sebalik segala dugaan ini, Allah masih bermurah hati memberikan kami peluang untuk merasa menikmati anugerah pemberianNya ini. Kami cuba sedaya upaya, tidak cemburukan mereka yg lebih bernasib baik dari kami, cuma kami bersyukur kerana nasib kami lebih baik daripada mereka yang kurang bernasib baik dari kami. Dugaan Allah datang dalam pelbagai bentuk, sebagai hambaNya, kami terima. Mungkin ini suatu pengajaran bagi kami agar lebih berhati2 untuk kehamilan yang seteusnya...InsyaAllah...
Doakan kami ye...

Tuesday, August 31, 2010

Pregnancy and Chicken Pox


Salam semua...

salam Ramadhan. Hehehe dh nk dekat raya baru nak wish. Its ok, as long as niat ikhlas. Update terkini...
  • I'm entering week 22 now. Alhamdulillah... so far so good. Puasa until today masih penuh lagi.
  • Last two weeks, we went for detailed scan, Columbia Asia. Alhamdulillah, setakat ni semua normal. The doc scanned for heart flow, jari2 kaki and tangan, tulang belakang, face, gender hehehehe... antara perbualan yang tak dapat dilupakan...
Doc: See, here is the nose, mouth, eyes (while pointing at the screen)

My husband : Doc, mancung tak hidungnya? macam saya (hello, ada tulang hidung sempurna, dah syukur sangat)... doc kata, bukan i yang kata


Doc: Now, do you wanna know the gender? Here it is... (ok, that one i kena rahsiakan dulu)


setakat ni, semua ok. Alhamdulillah. Happy sangat bila dapat tgk baby bergerak2 dengan gembiranya dalam perut...

  • Baby's kicking dah start rasa, dah mula aktif, terutama lepas berbuka...amboi, kenyang ye baby... and trust me, i look forward to feel my baby's kicking every day :)
  • Kaki and tangan sudah mula membengkak. Cepat kan? Water retention kata doc. Can easily ease the pain by rendam dalam air panas atau guna ini

Fire sense by CNI. sangat2 berguna masa2 mengandung ni. Trust Me, i've been loyal to this balm since 2002 and outcomenya tidak pernah mengecewakan.


However, di sebalik semua itu, ada musibah yang sedang melanda...


My dearest husband, sedang diserang chicken pox. It stsrted with high and low temp fever for few week, and turned really ugly last Sunday. We both thought that the little red rashes was some kind of allergies or something since my husband mmd ada kulit sensitif. The next morning, we went to see the doc, and he confirmed that its chicken pox. Alahai... orang lain kena masa kecil2 my husband dah dekat 30 baru nak kena. The doc said that chicken pox among adults is more severe compared to kids. Memang betul, naik semua kat muka, with very high temp, kesian tgk dia tidak bermaya. Losing his appetite and everything.


The first thing the doc asked me one he diagnosed my husband with chicken pox is this "Hey, you tgh pregnant kan? Dah pernah kena belum?" Lucky for me, i dah pernah kena, masa kecil2 dulu. Tak ingat bila, tp i can clearly remember that it was during Eid...hehehe, kami adik beradik pakai baju raya tp duduk dalam rumah je...


Here is some info regarding chicken pox and pregnancy http://www.babycenter.com/0_chicken-pox-during-pregnancy_9329.bc


Siang malam ku berdoa, lindungilah kandungan ini... risau gak. Im praying my husband recover cepat. Kesian tgk dia tak bermaya, takde selera makan, and obiviously, i memang tak boleh lena kalau tidur sorang-sorang :(


p/s: kawan2 tolong doakan keselamatan me and my baby ye... and kalau ada apa2 petua, berkenaan cp ni, please let me know...